Thursday, 7 April 2011

lawatan industri 2011

 Group Assigment 2:
1. Izal Firdaus bin haji Ishak




2. Nurkhuzaimah binti Yahya




Lawatan Industri 2011
Seperti yang telah dijanjikan, pada 31hb mac, 2011 seramai 32 orang pelajar 4BENE telah mendaftar untuk mengikuti lawatan industri ke PROTON, Shah Alam dan telah berkumpul di pusat persatuan pelajar. Pada pukul 7.15 pagi kami semua bergerak ke kilang  PROTON dengan menaiki bas UTeM yg dipandu oleh En Zaini. Lawatan kami telah diiringi oleh 2 orang pensyarah iaitu En Ahmad Sadhiqin & En Zulkarnain. Alhamdulillah, pada pkul 9.00 pagi kami semua telah selamat sampai ke destinasi yang dituju. Sebelum bercerita lanjut mengenai ape yang telah di buat di proton tu, eloklah di ceritakan sedikit mengenai sejarah Proton. 
Buat pengetahuan semua, perkataan PROTON sebenarnya adalah singkatan daripada PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL BERHAD. Ianya telah diperbadankan pada 7 Mei, 1983 untuk mengeluarkan, memasang dan menjual kenderaan bermotor dan produk berkaitan, termasuk aksesori, alat-alat ganti dan komponen-komponen lain. PROTON juga telah menghasilkan kereta pertama Malaysia iaitu Proton SAGA dan secara komersial dilancarkan pada 9 Julai, 1985 oleh Perdana Menteri Malaysia kita yg ke-4 iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang pada asalnya telah memikirkan satu idea kereta Malaysia. Begitu la serba sedikit mengenai sejarah PROTON. Klu nk tau dgn lebih lanjut boleh la lawat laman web PROTON, hehehe..=p
Sekarang berbalik pula kepada lawatan kami pada hari tersebut.. setelah kami tiba di lokasi, kami telah dijemput & diiringi oleh pegawai proton yang bertugas ke auditorium untuk mendengar sedikit taklimat. Kami telah ditayangkan video yang menerangkan menegenai R&D yang telah dijalankan oleh PROTON. Menarik perhatian kami adalah semasa menyaksikan mengenai kereta hybrid Proton EMAS. EMAS atau Eco Mobility Advanced Solutions merupakan sebuah kereta berteknologi hijau yang direka untuk menyelesaikan permasalahan mobiliti dalam bandar dengan memastikan sebuah kereta mampu bergerak tanpa menggunakan bahan api fosil. Selain itu, daripada taklimat ini juga, kami telah mendapat info tambahan mengenai kerjasama Proton bersama Lotus yang telah menghasilkan produk kereta Lotus Neo, manakala kerjasama dengan Mitshubishi pula menghasilkan  kereta Proton Inspira. Di samping itu, Pegawai Proton juga telah memberi maklumat mengenai penghasilan kereta Proton Exora. Menurutnya, penghasilan kereta proton Exora boleh dihasil dalam  18 hingga ke 22 biji kereta dalam masa 1 jam. Ini adalah kerana ianya bergantung kepada conveyor & tiap2 sequence memakan masa hanya selama 2 minit sahaja.
         Setelah mendengar taklimat, kemudiannya kami dibawa ke kawasan pengeluaran kereta. Semasa di kawasan pengeluaran, kami mendapati bahawa kereta yang dihasilkan adalah kereta Proton Saga. Kemudian kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Pada mulanya, kami telah diterangkan mengenai stage Final iaitu Perapi & Pemasangan akhir oleh En. Abd Rahman.  Antara maklumat2 yg kami peroleh adalah:-
•        Production line capacity : 150,000/Year
•        Production O/P : 40 unit / hour ; Current: 38 unit / hour x 8 jam
•        Tack time : 95.7 sec / unit
•        Total process time = 19,234
•        Manpower = 207 direct, 63 indirect
•        7 group, 4 team leader
•        Original line telah menghasilkan produk Proton Waja, Perdana dan Inspira
         Selepas itu, En Irwan pula mengambil alih untuk memberi penerangan kepada kami mengenai proses permulaan hingga pengakhiran tentang bagaimana kereta dihasilkan. Antara maklumat yg telah diperoleh ialah:-


  • Pemasangan  adalah auto-manual
  • untuk proses pemasangan part2 pada kereta, pintu kereta dibuka. Kenapa pintu kereta dibuka???
  1. untuk mengelakkan dari defect & calar
  2. untuk jimatkan langkah pekerja yang membuat pemasangan part2 dlm kereta
  3. pekerja berjalan 2 langkah+ 2 langkah dan ini boleh menjimatkan cost manpower
 
·        Process:

·   
* Setiap 5.5 m pergerakan, masa yg diambil ialah 95 sec, sekiranya ianya tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan, pekerja perlu membuat improvement. Selain itu, supervisor juga adalah perlu untuk membuat back up dalam kerja2.
·    
* Jika terdapat pekerja baru, selama seminggu atau 25% pekerja tersebut perlu mengikut supervisor.
   
  • Trim 2-QCK untuk check of trim 1
  •  Inline – pasang part yg disebalik2
  • Final line – pasang part yg di luar
·      *  Drpd pemerhatian kebanyakan storage untuk menyimpan part yang digunakan adalah autoliv SRS
·        * Contoh: Chasis 1 – floor, tayar, enjin
·   * Fuel tank di datangkan di dalam rack. So automation diperlukan. Kenapa automation?
   jawapannya ialah untuk kurangkan industrial disease
·         *  Sensor  yang digunakan ialah magnetic type
·  *  TPM – total productive maintenance adalah untuk memanjangkan hayat penggunaan machine.
·     *   Line di kawasan pengeluaran di Shah Alam bleh dikategorikan sebagai all in one. Manakala, Proton Tanjung Malim line adalah 7 line one by one.
·         *   Engine marriage- iaitu engine yang digabungkan dgn transmission.
Cth: taxi-1.6 dan Customer-1.3
·       *      Engine docking area – pada stage ini, engine akan dimasukkan ke dalam kereta dan akan di ‘mountkan’, 95sec x 2.
·     *    Chasis 2- subline – pada stage ini adalah proses utk mengisi cecair seperti gas, engine oil. eral oil, washer for wiper , air dan sbgainya.
·     *   Pada stage QC pula performance kereta yg telah lengkap dipasang akan diuji dari segi tayar, noise, break, leaking or not dan sebagainya.

Lebih kurang dalam pkul 10.30, dgn masing2 perut berkeroncong, kami pun  beredar keluar dr kawasan pengeluaran kereta dan kemudiannya dibawa untuk menikmati sarapan pagi. Setelah sarapan, kami semua menuju ke ruang legar proton untuk bergambar dan sesi pemberian cenderahati. Setelah puas bergambar, kami pun beredar dr situ.
        
Di bawah ialah antara gambar2 yang sempat di ambil dalam tempoh kami di Proton Sdn. Bhd: